Aplikasi media sosial popular, Instagram dilaporkan akan mewajibkan penggunanya yang mempunyai usia lebih muda untuk mengesahkan umur masing-masing menggunakan video selfie.
Kemas kini itu adalah bertujuan bagi mengawal lingkungan usia penggunanya dan mengelakkan daripada kanak-kanak bawah umur 13 tahun menggunakan aplikasi tersebut.
.
Menurut laporan, terdapat beberapa cara yang akan digunakan Instagram untuk mengesahkan umur pengguna yang muda.
.
Pertama, dengan memuatnaik foto atau/dan video selfie ke dalam aplikasi Instagram menggunakan perisian yang dikenali sebagai Yoti. Yoti akan menganalisa foto selfie pengguna dan menentukan usia mereka dengan ketepatan sehingga 99 peratus. Sebaik sahaja Instagram dan Yoti mengesahkan usia pengguna itu, video selfie akan dipadam.
Cara kedua adalah dengan menggunakan kenalan di media sosial bagi mengesahkan usia pengguna. Kenalan itu juga perlulah berusia 18 tahun ke atas dan tidak boleh mengesahkan usia pengguna lain dalam tempoh masa sama.
.
Pengguna lain yang perlu mengesahkan usia mereka juga boleh menggunakan cara yang sedang digunapakai ketika ini iaitu menggunakan kad pengenalan (ID). Bagaimanapun pengguna yang lebih muda mungkin tidak mempunyai ID sama seperti pengguna dewasa, maka disebabkan itu Instagram memperkenalkan kaedah selfie.
Instagram telah menetapkan had umur 13 tahun dan keatas untuk mempunyai akaun di aplikasi tersebut. Remaja pada usia 13 hingga 17 tahun akan dihadkan fungsi pada Instagram itu sendiri seperti menetapkan akaun kepada persendirian, menghalang cadangan kenalan yang lebih dewasa dan pengiklanan bersasar yang bersesuaian.
.
Sumber: [1]