Tepung Pelita Kini Tak Seperti Dulu, Ada Sebab Kenapa Peniaga Tak Guna Stapler

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa individu yang mengadu hidangan tradisi tepung pelita dan tako sudah tidak sama seperti dahulu kerana ia kini menggunakan bekas plastik dan bukannya daun kelapa.

tepung pelita kini tak seperti dulu, ada sebab kenapa peniaga tak guna stapler

 

 

 

 

Bukan itu sahaja, hidangan lain seperti kuih muih juga kini menggunakan bekas plastik yang diikat dengan getah mahupun soletip, dan bukannya stapler mahupun dawai kokot seperti yang biasa kita jumpa suatu ketika dahulu.

tepung pelita kini tak seperti dulu, ada sebab kenapa peniaga tak guna stapler

Tahukah anda, tindakan menggunakan bahan yang tajam dan membahayakan pengguna seperti stapler pada bungkusan makanan adalah satu kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009?

 

Stapler atau dawai kokot mahupun paku adalah dikategorikan sebagai ‘food hazard’ dan tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan. Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

 

Malah, hukuman lebih berat boleh dikenakan jika bahan berbahaya itu ditemui dalam makanan, iaitu denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

tepung pelita kini tak seperti dulu, ada sebab kenapa peniaga tak guna stapler

Sebelum ini, pernah terjadi beberapa insiden sebelum ini yang mana pengguna mengalami kecederaan selepas terjumpa beberapa biji dawai kokot dalam hidangan nasi kerabunya. Nyata, ia amat membahayakan pengguna malah boleh menyebabkan kecederaan serius.

 

Maka disebabkan itu, peniaga kini beralih kepada altenatif lain, khasnya dalam menjual tepung pelita, kepada bekas plastik pakai buang yang lebih selamat dan mesra pengguna.

 

Sumber: X / KKM