Ini Sebab Kenapa Kucing Suka Kotak Dan Ruang Sempit

Kucing merupakan haiwan peliharaan ramai yang mempunyai pelbagai telatahnya sendiri.

.

Sebagai pemilik kucing, sudah pasti anda pernah melihat gelagat kucing anda yang sangat gemar untuk duduk dalam kotak atau ruangan sempat lain meskipun anda sudah menyediakan tempat tidur yang jauh lebih luas dan selesa.

ini sebab kenapa kucing suka kotak dan ruang sempit

Persoalannya, kenapa kucing sangat gemar untuk tidur, bermain dan duduk dalam kotak yang sempit?

.

Perkara itu diterangkan oleh seorang pakar dalam kognisi perbandingan haiwan dari Universiti Perubatan Veterinar di Vienna, Dr Gabriella Smith.

ini sebab kenapa kucing suka kotak dan ruang sempit

Menurutnya, tabiat itu adalah disebabkan oleh naluri keinginan haiwan dan sebagai bentuk keselesaan padanya.

.

"Apa yang kami tahu ialah ia adalah satu bentuk keselesaan.

"Ini masuk akal dari sudut pandangan evolusi. Tekanan sampingan adalah selesa," kata Smith kepada Live Science.

ini sebab kenapa kucing suka kotak dan ruang sempit

Dalam jurnal PLOS One yang diterbitkan pada tahun 2019, saintis Belanda menyatakan bahawa keupayaan untuk bersembunyi adalah penting dalam menurunkan tahap tekanan kucing yang baru tiba di tempat perlindungan haiwan. Para penyelidik mengukur tahap tekanan kucing menggunakan Cat-Stress-Score, yang menilai tahap tekanan dalam kucing berdasarkan postur, tingkah laku vokal dan tahap aktiviti mereka.

.

Para saintis juga mendapati bahawa apabila kucing tidak mendapat perlindungan, mereka akan membalik kotak sampah mereka untuk bersembunyi di bawahnya.

.

Kecintaan kucing terhadap kotak melangkaui struktur tiga dimensi. Pada tahun 2021, Smith menguji sama ada kucing akan duduk dalam kotak yang tidak mempunyai dinding, dikenali sebagai kontur Kanizsa. Ia adalah ruang 2-dimensi yang membentuk satu ilustrasi maya.

.

 "Dalam percubaan 2D, khususnya, kita dapat melihat ke dalam kognisi visual mereka dan ternyata mereka dapat membentuk satu persepsi sempadan," katanya.

.

Dalam erti kata lain, kucing sangat menyukai kotak, malah mereka akan duduk di dalam kotak 2D palsu dan membayangkan ia adalah bagaikan kotak sebenar.

ini sebab kenapa kucing suka kotak dan ruang sempit

Teori lain yang menyokong persoalan kenapa kucing gemar akan kotak adalah sifat kucing itu sendiri yang menjadi pemangsa. Mereka menjadikan kotak sebagai kawasan persembunyian sebelum menyerang apa jua sasaran mereka secara tiba-tiba, misalnya ketika sedang bermain.

.

Sifat suka bersembunyi dalam kotak ini turut dirasai oleh keluarga besar kucing yang lain seperti singa dan harimau. Mereka juga suka duduk dan bermain dengan kotak atau ruangan pelbagai saiz.

.

Sumber: [1]