Kenapa Vaksin Biasanya Cucuk Pada Bahagian Lengan?

Vaksin COVID-19 ialah vaksin yang akan digunakan untuk merawati penyakit koronavirus 2019 (COVID-19). Virus SARS-CoV-2 telah menyebar ke seluruh dunia pada 2020 dan menjadikan pembuatan vaksin ini dilakukan secepat mungkin dengan pelaburan yang amat besar.

 

Ketika ini, seluruh dunia sedang bertungkus lumus memastikan orang ramai menerima vaksin COVID-19 sebagai usaha dalam mengekang penularan wabak tersebut. Vaksin COVID-19 diberikan melalui suntikan di otot (intramuskular) iaitu pada lengan seseorang.

 

Persoalannya, kenapa lengan? Kenapa tidak pada bahagian lain?

kenapa vaksin biasanya cucuk pada bahagian lengan?

Tisu otot manusia mempunyai sel imun yang sangat penting. Sel-sel imun ini mengenali antigen, iaitu virus atau bakteria yang diperkenalkan oleh vaksin yang merangsang tindak balas imun.

kenapa vaksin biasanya cucuk pada bahagian lengan?

Dalam kes vaksin COVID-19, ia bukanlah memperkenalkan antigen, sebaliknya memberikan panduan kepada badan untuk menghasilkan antigen. Sel-sel imun yang berada dalam tisu otot mengambil antigen ini dan membawanya ke kelenjar limfa.

 

Di kelenjar limfa, iaitu komponen utama sistem imun manusia, mengandungi lebih banyak sel imun yang mengenali antigen dalam vaksin dan memulakan proses imun untuk membuat antibodi.

kenapa vaksin biasanya cucuk pada bahagian lengan?

Kelenjar limfa manusia terletak diseluruh badan, dan antaranya adalah di leher, ketiak, pangkal paha, sekitar usus, dan antara paru-paru. Maka, sebab utama vaksin diberikan pada lengan adalah kerana ia berada tidak jauh dengan kedudukan kelenjar limfa.

kenapa vaksin biasanya cucuk pada bahagian lengan?

Sebab lain vaksin diberikan pada bahagian lengan adalah kesesuaian ia untuk dicapai berbanding kawasan lain yang mungkin sukar untuk seseorang itu membuka pakaian ketika berada di pusat vaksinasi, klinik atau hospital.

kenapa vaksin biasanya cucuk pada bahagian lengan?

Sumber: The Conversation

ARTIKEL BERKAITAN