Anda Perlu Restart Telefon Bimbit Setiap Minggu, Ini Sebabnya!

Aktiviti restart sering menjadi penyelesaian kepada masalah berkaitan peranti elektronik, khasnya telefon bimbit. Pengguna sering melakukan restart apabila telefon bimbit tidak memberi respons seperti lag, screen freeze dan lain-lain lagi.

anda perlu restart telefon bimbit setiap minggu, ini sebabnya!

Meskipun ia didapati mampi menyelesaikan masalah, sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek, adakah ia perlu dilakukan ketika telefon bermasalah?

.

Menurut pakar, aktiviti restart secara berkala sekurangnya satu kali seminggu dapat mengekalkan prestasi peranti pada tahap terbaik. Ia dapat mengelak daripada aplikasi tertutup sendiri (crash), memanjangkan hayat bateri dan membuatkan operasi sistem berjalan lancar.

.

Restart boleh diumpamakan seperti manusia yang bangun dari tidur dengan minda yang kosong dan segar. Setiap kali kita menghidupkan semula peranti, sistem operasinya akan berjalan daripada kosong. Maka, segala keserabutan, huru-hara kecil yang berlaku juga akan hilang, membuatkan telefon bimbit kembali memproses semua data dengan lancar.

.

Namun jika masalah pada peranti anda semakin serius selepas restart, sila rujuk kepada yang pakar untuk pemeriksaan. Jangan ambil tindakan membuka sendiri peranti anda kerana ia mungkin akan menyebabkan kerosakan yang lebih parah.

.

Sumber: [1], [2][3]

 

ARTIKEL BERKAITAN