Menurut kajian terdapat kurang 10% dari jumlah populasi manusia mengalami alahan yang disebabkan oleh haiwan peliharaan, dan antara haiwan itu adalah kucing.
Mereka yang mempunyai alahan kepada kucing mungkin mengalami pelbagai gejala seperti gatal pada mata, bengkak kulit, bersin atau serangan asma yang berpotensi mengancam nyawa.
Kebanyakkan orang pasti akan menyalahkan bulu kucing sebagai punca kepada alergi. Namun sebenarnya bulu bukanlah penyebabnya.
Menurut pakar veterinar, manusia yang alergi pada kucing sebenarnya mengalami alahan kepada protein (glycoprotein F1) yang terdapat pada kulit, kelenjar minyak dan pada air liur kucing.
Disebabkan tabiat kucing yang gemar menjilat dan membersihkan dirinya sendiri, maka bahan itu akan meliputi seluruh tubuhnya, lalu menyebabkan alergi kepada mereka yang menghidap masalah tersebut.
Mereka yang mempunyai alergi terhadap protein tersebut menganggap protein itu sebagai satu allergen berbahaya. Maka, gejala alergi timbul lalu menyebabkan berlakunya reaksi.
Jika anda yang mengalami alahan dan masih ingin membela kucing, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan seperti membasuh tangan dan menukar pakaian selepas memegang kucing, pasang penapis udara dan kerap membersihkan ruang rumah.
Sumber: [1]