Ini Maksudnya Kalau Kucing Tunjuk Perut Dekat Kita

Kucing merupakan antara haiwan perliharaan yang paling banyak dibela. Mempunyai watak yang manja dan comel, tak hairan lah kucing sering menjadi perhatian ramai.

ini maksudnya kalau kucing tunjuk perut dekat kita

Haiwan ini secara amnya mempunyai perasaan tersendiri, namun tidak menunjukkan ia secara ekspresif. Tetapi ada tanda-tanda yang mungkin anda boleh faham melalui perilaku mereka.

 

Berikut adalah perilaku kucing, khasnya kucing liar, yang mungkin menunjukkan bahawa ia sebenarnya sukakan anda:

 

1. Kucing melagakan kepalanya dengan kita

Apabila kucing mula menggeselkan tubuh dan melagakan kepalanya kepada kita, bermaksud dia sudah mula menganggap kita sebagai kawan. Ia juga sebagai cara meletakkan tanda melalui bau, bahawa kita ini adalah miliknya.

2. Ekor berpintal dan dibelitkan pada kaki kita

Melalui ekor kucing, kita boleh melihat kepada mood dan emosinya, seperti ekor yang kembang tandanya sedang marah atau takut, dan ekor yang tegak tanda gembira dan selesa dengan kehadiran kita. Jika ia dibelitkan pada kaki kita, maksudnya dia selesa sangat lah tu!

3. Menunjukkan bahagian bawah badan dan perut

Jika kucing itu mula menunjukkan badan dan perut, ia tanda mereka mula percaya kepada kita. Tapi ia bukannya untuk digomol atau digaru, kerana perut kucing adalah antara bahagian sensitif dan tidak boleh disentuh!

4. Berdengkur

Bunyi dengkuran ini hanya dihasilkan kepada manusia yang mereka suka. Kucing tidak berdengkur sesama kucing lain untuk berkomunikasi. Malah, dengkuran ini dipercayai ada kuasa menyembuh yang menakjubkan.

5. Kucing bawa hadiah

Jika kucing itu membawa kepada anda hadiah daripada luar, maksudnya dia selesa dan anggap tempat itu sebagai rumahnya juga. Tapi perlu diingatkan kucing tidak pula bawa hadiah mahal-mahal, cukup sekadar seekor cicak atau lipas yang mati sebagai tanda penghargaan.

6. Mula menggigit manja dan menjilat jari

Biasanya apabila seseorang itu menggaru bawah leher, kucing yang menganggap kita sebagai kawan akan menggigit manja jari kita.

7. Kita selalu diekori

Kalau dah ikut pergi mana-mana tu, memang sah dia suka dekat kita!

8. Ditekan-tekan tapak kaki

Tapak kaki kucing mempunyai kelenjar bauan, jadi apabila ia menekan-nekan kita dengan tapak kakinya, bermaksud ia meninggalkan tanda bahawa kita ini miliknya.

9. Mengelip mata perlahan

Mata kucing adalah sebagai alat komunikasi mereka. Jika ia berkelip perlahan, bermaksud semuanya dalam keadaan terkawal.

ini maksudnya kalau kucing tunjuk perut dekat kita

Jika semua tanda-tanda ini ada pada kucing yang datang kepada anda, ambillah ia dan bela dengan penuh kasih sayang ok?

 

Sumber: Insider / Rancak TV