Ini ke layanan untuk saya? - Luis Suarez

ini ke layanan untuk saya? - luis suarez

Luis Suarez merupakan antara pemain yang dijangka bakal angkat kaki daripada Barcelona musim depan. Mana taknya, pengurus baru Barca, Ronald Koeman dilapor sudah pun mengatakan  penyerang Uruguay itu tiada dalam perancangan masa depannya.

Suarez kini dalam tahun terakhir kontraknya dan Barca dikatakan sedia menamatkan kontrak penyerang itu. Barcelona dalam proses merombak pasukan mereka selepas kegagalan meraih sebarang trofi musim ini selain diaibkan 2-8 oleh Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini.

ini ke layanan untuk saya? - luis suarezPihak pengurusan Barca pula melantik Koeman sebagai pengurus untuk mengemudi transisi ini. Ye lah, tonggak Barca yang ada sekarang ni pun dah berusia dan tak macam 10 tahun dulu.

Perkara yang buat Suarez marah sangat ialah Koeman menyampaikan maklumat tersebut menerusi panggilan telefon yang TAK SAMPAI 1 MINIT! Memang la Suarez tak puas hati. Suarez dah bantu Barca menang banyak trofi sejak sertai kelab itu pada 2014. Antaranya, 4 gelaran La Liga, 4 gelaran Copa del Rey, 1 gelaran Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

ini ke layanan untuk saya? - luis suarezSuarez juga merupakan penjaring ke-3 terbanyak dalam sejarah kelab itu. Fikir la sendiri, dalam masa 6 tahun je main, terus dapat penjaring ke-3 terbanyak dalam sejarah. Bukan main hebatnya Suarez ni.

Persoalannya sekarang, ke mana hala tuju Suarez? Takkan nak balik ke Liverpool pulak kan? Tapi persoalan yang lebih penting, berani betul Koeman buat Suarez macam ni. Tak takut kena gigit ke?

Oleh : Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN