Influencer Usia Atas 30 Tahun Diminta Jauhkan Diri Dari Tiktok Sebab Dah ‘Tua’

Tidak dinafikan ramai orang masa kini yang menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk menjadi seorang influencer.

influencer usia atas 30 tahun diminta jauhkan diri dari tiktok sebab dah ‘tua’

Antara media sosial yang menjadi pilihan ramai influencer adalah Instagram, Tiktok dan Youtube. Sehingga kini belum ada syarat dan had usia untuk seseorang itu menjadi influencer, malah ada kanak-kanak seawal usia 6 tahun pernah menjadi Youtuber terkenal dunia.

.

Bagaimanapun, wujud cadangan bagi had usia pempengaruh (influencer) di Tiktok haruslah berusia tidak lebih 30 tahun kerana mereka yang melepasi usia itu telah dianggap ‘terlalu tua’.

influencer usia atas 30 tahun diminta jauhkan diri dari tiktok sebab dah ‘tua’

Malah mereka yang berusia atas 30 tahun turut diminta untuk menjauhkan diri daripada laman web tersebut kerana tidak lagi relevan.

.

Cadangan itu datang dari laman Instagram Celeb Spellcheck dalam satu hantarannya baru-baru ini.

.

Akaun itu, yang mempunyai 238,000 pengikut, dilaporkan membuat sesi Soal Jawab bersama pengikutnya baru-baru ini.

.

Dan apabila ditanya siapa selebriti Australia yang paling mengecewakan pada pandangan mereka, Celeb Spellcheck melemparkan pendapat mereka dengan sangat luas.

.

"Influencer berusia 30 tahun ke atas pernah melalui zaman gemilang di Instagram beberapa tahun lalu, namun kini mereka sudah tidak sesuai untuk menyertai TikTok.

"TikTok adalah permainan yang baharu. Anda perlu menawarkan sesuatu, tak boleh bergantung kepada wajah yang cantik semata-mata. TikTok sangat kejam," ujar pengendali akaun Instagram itu.

.

Identiti pengendali akaun berkenaan turut menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

.

Berdasarkan Soal Jawab yang lalu, pemilik akaun itu berkemungkinan seorang wanita berusia lewat 20-an, dan kini tinggal di tenggara Melbourne, Australia.

.

Sumber: [1]