Indonesia Negara Pertama Iktiraf Vaksin COVID-19 Novavax

Indonesia bergelar negara pertama yang meluluskan vaksin baru untuk COVID-19 yang dicipta oleh Novavax yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

indonesia negara pertama iktiraf vaksin covid-19 novavax

Kelulusan tersebut akan memberi Indonesia, yang telah berusaha keras untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi untuk 270 juta penduduknya, akses pertama kepada vaksin itu.

Vaksin tersebut akan dikeluarkan di India bawah jenama Covovax.

Berbeza dengan vaksin sedia ada lain, vaksin dua dos Novavax bergantung pada teknik yang lebih tradisional yang mana ia menggunakan protein untuk membawa serpihan virus korona yang tidak berbahaya untuk menghasilkan tindak balas imun.

Selain itu, ia juga boleh disimpan pada suhu yang lebih tinggi daripada vaksin-vaksin lain iaitu pada 2 hingga 8 darjah Celsius, sekaligus menjadikan pengangkutan dan penyimpannya lebih mudah, terutamanya di negara membangun.

“Keizinan pertama vaksin COVID-19 Novavax menunjukkan komitmen kami terhadap akses global yang saksama dan akan memenuhi keperluan penting bagi Indonesia, yang walaupun merupakan negara keempat paling ramai penduduk di bumi, terus berusaha untuk mendapatkan vaksin yang mencukupi untuk penduduknya,” kata Ketua Eksekutif Novavax Stanley Erck.

Vaksin itu akan dihasilkan oleh Institut Serum India yang mana penghantarannya akan dimulakan dengan segara, menurut kenyataan dari Novavax.

 

Sumber: [1]