Indonesia Sekat Google, Facebook, WhatsApp Jika Tidak Lakukan Perkara Ini

Tidak dinafikan hampir semua orang ketika ini mempunyai akaun media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain lagi.

.

Setakat April 2022, negara jiran, Indonesia merekodkan sejumlah 175.4 juta pengguna Facebook, dengan 63.52% pengguna aplikasi tersebut pada Jun 2022.

indonesia sekat google, facebook, whatsapp jika tidak lakukan perkara ini

Bagaimanapun pengguna media sosial Facebook, WhatsApp dan Google di Indonesia mungkin akan disekat dalam beberapa hari akan datang jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi da Informasi negara itu.

.

Menurut laporan, syarikat gergasi digital telah diberikan tempoh sehingga Rabu untuk melengkapkan pendaftaran pelesenan dan akan melabel aplikasi-aplikasi berkenaan sebagai haram dan menyalahi undang-undang sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

.

"Kami telah memberi amaran kepada semua syarikat teknologi tempatan dan asing termasuk perkhidmatan dalam talian, laman sesawang dan pengendali aplikasi bahawa mereka perlu mendaftar jika tidak mahu dikenakan sekatan. Kami telah memberi tempoh sejak enam bulan lalu," Ketua Pengarah kementerian bahagian Aplikasi Maklumat Semuel Abrijani memberitahu pemberita pada Selasa.

.

Pedaftaran itu adalah sebahagian daripada peraturan baharu yang mula berkuatkuasa pada Januari 2022. Ia menetapkan syarat semua platform teknologi perlu memperoleh lesen sebelum dibenarkan operasi di negara berkenaan.

.

Peraturan itu membolehkan pihak berkuasa mengarahkan penyedia perkhidmatan mengeluarkan sebarang kandungan yang dianggap menyalahi undang-undang, tidak sesuai atau menggangu ketenteraman awam dalam tempoh hingga 24 jam, bergantung kepada kandungan tersebut.

.

Ia juga sebagai langkah untuk mengurangkan penyebaran berita palsu dan penipuan, khasnya menjelang pilihan raya umum Indonesia pada 2024.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN