Seorang warganegara Jepun, Kane Tanaka terus memenag rekod sebagai individu tertua di dunia. Baru-baru ini dia telah menyambut ulang tahun yang ke 117.
Wanita tersebut tinggal di sebuah rumah penjagaan di Fukuoka dan pihak rumah terbabit telah mengadakan sebuah parti bagi menyambut ulang tahunnya.
Ketika mengadakan parti itu, dia telah menjamah sepotong kek hari jadi untuk meraikannya.
"Sedap... saya mahu lagi," kata wanita yang hari lahirnya jatuh pada 2 Januari lalu sambil tersenyum.
Tanaka menerima pengiktirafan sebagai individu wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness pada 9 Mac 2019 pada usia 116 tahun dan 66 hari.
Sumber: Sinar Harian