Individu Tak Divaksin 11 Kali Ganda Lebih Berisiko Untuk Mati

Individu yang belum menerima suntikan vaksin adalah 11 kali ganda lebih berisiko untuk mati akibat COVID-19.

individu tak divaksin 11 kali ganda lebih berisiko untuk mati

Demikian menurut satu kajian terbaharu daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

 

Data terbaru itu dibentangkan oleh Pengarah CDC, Dr. Rochelle Walensky dengan menunjukkan dominasi varian Delta di AS yang menjadi penyumbang kepada lonjakan kes khasnya kepada mereka yang belum di vaksin.

 

Menurutnya, mereka yang tidak menerima pelalian juga berisiko dijangkiti virus maut itu sebanyak 4.5 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan penerima lengkap vaksin COVID-19.

 

“Perkara paling penting diperoleh daripada kajian ini adalah kita mempunyai senjata sains yang diperlukan untuk mengubah keadaan semasa.

“Vaksin berkesan untuk melindungi diri daripada komplikasi serius jika dijangkiti Covid-19. Ia akan melindungi anak-anak kita dan membolehkan mereka kembali belajar secara bersemuka di sekolah,” kata Walensky.

 

Kajian dibuat keatas hampir 600,000 kes di 13 negeri di AS daripada 4 April hingga 17 Julai lalu bagi melihat hubungkait antara status vaksinasi dengan kesan jangkitan virus COVID-19.

 

Dalam keputusan kajian berasingan oleh CDC juga menunjukkan vaksin Moderna paling berkesan bagi mengelakkan jangkitan serius yang memerlukan rawatan hospital.

individu tak divaksin 11 kali ganda lebih berisiko untuk mati

Keberkesanan vaksin dalam kalangan penerima Moderna adalah sebanyak 95 peratus, diikuti dengan vaksin Pfizer iaitu 80 peratus dan Johnson & Johnson selaku suntikan dos tunggal yang meningkat kepada 60 peratus.

 

Secara keseluruhannya, keberkesanan vaksin dalam mencegah kes kemasukan ke hospital adalah 86 peratus.

 

Sumber: [1]