Individu Tak Bahagia Berisiko Mati Awal – Kajian

Satu kajian yang dijalankan terhadap 12,000 individu dewasa di China mendapati mereka yang tidak bahagia mempunyai risiko untuk mati lebih awal berbanding dengan tabiat merokok.

individu tak bahagia berisiko mati awal – kajian

Dalam kajian tersebut, mereka yang mempunyai keadaan mental lemah seperti kesunyian, putus asa dan tidur tidak lena berisiko untuk hilang satu tahun setengah daripada jangka hayat purata manusia.

 

Dakwa penulis utama kajian, Dr. Fredor Galkin, kajian itu menunjukkan bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal.

 

“Kadar penuaan tinggi dikesan dalam kalangan orang yang mempunyai sejarah strok, penyakit hati dan paru-paru, perokok serta berada dalam keadaan mental yang lemah.

“Bagaimanapun, perasaan putus asa, tidak gembira dan kesunyian boleh mengurangkan purata jangka hayat seseorang lebih banyak daripada merokok,” katanya.

 

Kajian itu merumuskan bahawa merokok dapat mengurangkan jangka hayat individu sebanyak 1.25 tahun, berbanding 1.65 tahun jika seseorang itu tidak bahagia.

 

Sumber: Kosmo!