Individu Patah Hati & Sedih Melampau Berisiko Untuk Maut

Satu kajian yang dilakukan penyelidik klinikal kardiologi Universiti Aberdeen, Dr. David Gamble menunjukkan bahawa seseorang manusia berisiko meninggal dunia disebabkan situasi patah hati.

individu patah hati & sedih melampau berisiko untuk maut

Sindrom yang disebut sebagai ‘takutsubo’, seseorang itu boleh mengalami serangan jantung mengejut akibat daripada insiden menyedihkan, tekanan mahupun kegembiraan yang melampau.

 

Menurut kajian itu lagi, sebanyak 70 peratus kes berkaitan takutsubo telah dikesan dalam kalangan mangsa yang berdepan dengan situasi putus cinta, kehilangan individu tersayang, kemalangan kenderaan atau diserang penjenayah. Malah, peristiwa yang mengembirakan seperti kejutan ulangtahun, menang hadiah wang dan juga menerima lamaran perkahwinan turut menyumbang kepada takutsubo.

individu patah hati & sedih melampau berisiko untuk maut

Penyelidik itu berkata lagi, peristiwa mengejutkan sama ada yang sedih mahupun gembira boleh membuatkan adrenali meningkat secara tiba-tiba dalam badan. Ia secara tidak langsung membuatkan jantung mengepam darah lebih pantas ke otak dan otot secara tiba-tiba.

 

Dalam sindrom takutsobu ini juga, adrenalin bertindak menutup bahagian bawah ventikel kiri dan juga ruang pam utama pada jantung, lalu membentuk bentuk jantung tidak normal.

individu patah hati & sedih melampau berisiko untuk maut

Bentuk jantung tidak normal ini dilihat menyerupai periuk tradisional masyarakat Jepun yang digunakan untuk menangkap sotong kurita, lalu ia menjadi cetusan kepada nama takutsubo pada 1990.

individu patah hati & sedih melampau berisiko untuk maut

Sumber: [1]