Wanita Ini Jadi Orang Kedua Di Dunia Sembuh Dari HIV

Seorang wanita berusia 30 tahun dari Argentina dipercayai menjadi orang kedua di dunia yang berjaya sembuh daripada HIV dengan sistem imunnya sendiri.

wanita ini jadi orang kedua di dunia sembuh dari hiv

Menurut laporan, wanita itu didiagnos dengan virus HIV pada 2013 dan penyelidik menggelarnya sebagai pesakit Esperanza bersempena nama bandar di Argentina.

 

"Saya seronok menjadi sihat. Saya mempunyai keluarga yang sihat. Saya tidak perlu berubat, dan saya hidup seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ini sudah menjadi satu keistimewaan," kata wanita itu.

 

Kejayaan wanita itu untuk sembuh daripada HIV telah diterbitkan dalam jurnal perubatan Annals of Internal Medicine. Menurut pengarang jurnal berkenaan, mereka percaya penemuan itu akan membawa harapan kepada kira-kira 38 juta orang di seluruh dunia yang hidup dengan virus itu.

wanita ini jadi orang kedua di dunia sembuh dari hiv

Kisah wanita itu menjadi salah satu daripada dua bukti konsep bahawa apa yang dipanggil penawar pensterilan virus nampaknya boleh dilakukan melalui imuniti semula jadi.

 

Sejak bertahun lamanya, saintis masih mengkaji penawar bagi jangkitan HIV termasuk melalui terapi gen dan lain-lain lagi.

 

Sehingga kini, penyelidik telah berjaya menyembuhkan dua orang lain secara terapeutik melalui pemindahan sel stem yang kompleks dan berbahaya.

 

Dr Xu Yu, ahli imunologi virus di Institut Ragon di Boston yang juga pengarang utama jurnal berkenaan telah menganalisis 64 orang yang mempunyai keadaan seperti wanita Argentina itu.

 

Beliau mendapati bahawa sistem imun individu memusnahkan sel-sel yang menyimpan HIV yang mampu menghasilkan salinan baharu virus itu.

 

Terdahulu, individu pertama di dunia yang sembuh dari penyakit berkenaan adalah Timothy Ray Brown. Bagaimanapun beliau dilaporkan meninggal dunia tahun lalu akibat leukemia.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN