Individu yang dikuarantin di hotel atau di Institut Latihan Awam dibenarkan membeli makanan daripada luar.
Jelas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hal itu dibenarkan bagi memenuhi permintaan serta selera individu yang dikuarantin.
"Mereka perlu tanda tangan surat akur janji sekirannya ingin membeli makanan dari luar.”
"Surat tersebut sebagai bukti perjanjian serta rujukan apabila berlaku sebarang insiden mereka perlu bertanggungjawab di atas keinginan mereka," jelas Datuk Ismail Sabri dalam sidang media khas Covid 19.
Kerajaan telah menyediakan lebih 60 hotel serta 5 Institut Latihan Awam di seluruh negara sebagai pusat kurantin wajib.
Dalam pada itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan wujudkan laman sesawang khas bagi individu dari luar negara untuk pulang ke Malaysia dalam waktu terdekat.
Laman sesawang itu akan memudahkan proses pendaftaran untuk ke pusat kuarantin serta menjimatkan masa sejurus tiba ke tanah air.