Individu Belum Vaksin Di Korea Selatan Diarahkan Makan Seorang Di Restoran

Berikutan lonjakan kes mendadak dan kematian akibat varian Delta, Korea Selatan telah mengenakan sekatan COVID-19 paling ketat terhadap penduduk negara itu.

individu belum vaksin di korea selatan diarahkan makan seorang di restoran

Ia termasuk menghadkan perhimpunan orang ramai yang telah menerima vaksin penuh serta sekatan baru di restoran untuk mereka yang belum divaksin sepenuhnya yang mana hanya empat individu yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan berkumpul sementara individu yang belum diarah makan seorang diri di restoran.

Arahan tersebut bagaimanapun tidak dikuatkuasakan terhadap individu berusia 18 tahun ke bawah, menurut Menteri Kesihatan Kwon Deok Cheol.

Langkah itu dijalankan selepas situasi di hospital dilaporkan semakin tenat dengan unit rawatan rapat (ICU) hampir penuh dengan pesakit COVID-19.

Khamis lalu, negara tersebut merekodkan 7,622 kes baru berdasarkan Agensi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Di ibu negara Seoul, penggunaan ICU bagi pesakit COVID-19 mencecah 86 peratus dengan 989 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Lebih 890 kes kematian akibat COVID-19 telah dilaporkan dalam bulan Disember di negara itu sekaligus menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 4,518.

 

Sumber: [1]