Kes-kes baharu COVID-19 di negara India mencatatkan angka di atas 300,000 untuk hari keenam berturut-turut semalam, menjadikan bilangan angka jangkitan terus melonjak naik.
![kes makin teruk, india saran penduduk pakai face mask dalam rumah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/ap_21115597374511.jpg)
Keadaan ini sekaligus menyebabkan kemudahan kesihatan di negara terbabit lumpuh.
![kes makin teruk, india saran penduduk pakai face mask dalam rumah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/epaselect_india_coronavirus_covid_19_pandemic_1619261624.jpg)
Malah, penduduk di India kini dinasihatkan untuk memakai pelitup muka di rumah, terutamanya jika ada ahli keluarga yang disyaki menghidap COVID-19.
"Tiba masanya untuk kita mula memakai pelitup muka walaupun berada di rumah," kata pegawai kanan kesihatan negara itu.
Minggu lalu, India melaporkan kes dan kematian harian tertinggi sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lalu.
![kes makin teruk, india saran penduduk pakai face mask dalam rumah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot_434.png)
Sehingga kini juga, negara itu berdepan dengan masalah kekurangan bekalan oksigen.
Sumber: News 18