COVID-19 Terus Bermutasi, India Mulai Kesan Varian Delta Plus

Virus COVID-19 dilihat terus bermutasi apabila kerajaan India mengumumkan terdapat varian baharu dikesan dan dikenali sebagai Delta Plus.

covid-19 terus bermutasi, india mulai kesan varian delta plus

Varian itu dikesan menular di tiga negeri iaitu Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh dengan 16 kes telah dikesan, dan dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC).

 

Justeru, saringan kesihatan akan dipertingkatkan dikawasan terlibat bagi mengawal penularan jangkitan varian baharu ini.

covid-19 terus bermutasi, india mulai kesan varian delta plus

Sementara itu, India telah mencatatkan penurunan drastik kes jangkitan COVID-19 selepas meningkatkan suntikan vaksin dengan menawarkan vaksin secara percuma buat golongan dewasa.

 

Bagaimanapun, pakar kesihatan awam di Maharashtra bimbang varian baharu COVID-19 ini berpotensi mencetuskan gelombang ketiga di India kerana varian Delta Plus dianggap sangat pantas merebak dan mudah dijangkiti.

 

Sumber: Astro AWANI