India Mencatat Kelahiran Paling Ramai Pada 1 Januari 2020

india mencatat kelahiran paling ramai pada 1 januari 2020

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan statistic kelahiran bayi di seluruh dunia pada 1 Januari 2020 yang lalu.

 

Menurut statistic itu, India mencatat kelahiran yang paling tinggi iaitu seramai 67,385 orang daripada 392,078 orang bayi di seluruh dunia.

 

China berada di tempat kedua dengan kelahiran sebanyak 46,299 bayi diikuti Nigeria (26,039), Pakistan (16,787), Indonesia (13,020) dan Amerika Syarikat (10,452).

 

"Permulaan tahun baru dan dekad baharu ialah peluang untuk menggambarkan harapan dan aspirasi kami, bukan sahaja untuk masa depan kita tetapi masa depan mereka yang akan datang selepas kami," kata Pengarah UNICEF, Henrietta Fore

 

Berdasarkan laporan, India bakal mengatasi China dari segi jumlah penduduk paling ramai di dunia menjelang tahun 2027.

 

Sumber: Sinar Harian