Bagi mengkaji dan memahami dengan lebih mendalam mengenai bintang paling besar dalam sistem suria kita iaitu Matahari, sekumpulan penyelidik India akan menghantar sebuah kapal angkasa ke sana tidak lama lagi.
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) dalam misi saintifik mereka bagi mengkaji Matahari pada Jun atau Julai ini selepas mereka menerima Visible Line Emission Coronagraph, iaitu muatan utama atas kapal angkasa Aditya-L1 dari Institut Astrofizik India.
Muatan utama itu adalah misi saintifik pertama India untuk kajian ke atas Matahari. Ia adalah antara tujuh muatan yang akan diterbangkan ke atas kapal angkasa Aditya-11. Tujuh muatan yang akan dibawa itu nanti adalah seperti yang berikut:
Aditya L1 ialah misi berasaskan ruang angkasa pertama India yang bertujuan mengkaji Matahari dari orbit halo mengelilingi titik Lagrangian sistem Matahari-Bumi 1 (L 1). Ia akan membuat pemerhatian pada ruang kromosfera, iaitu lapisan terluar Matahari.
Menurut ISRO, antara kajian yang akan dibuat mereka terhadap Matahari adalah seperti pemerhatian tentang aktiviti suria, serta kesannya terhadap cuaca angkasa.
Sumber: Kosmo!