Impak COVID-19 Cetus Kesan Berpanjangan Terhadap Kesihatan Mental

Berikutan pandemik COVID-19 yang masih tidak berpenghujung, kesan terhadap kesan mental orang ramai dijangka akan berpanjangan untuk tempoh yang lama.

impak covid-19 cetus kesan berpanjangan terhadap kesihatan mental

Susulan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menuntut tindakan kecemasan terhadap hubung kaitnya pandemik ini dengan tahap tekanan dan keresahan melampau.

Jelas WHO, krisis kesihatan mental itu berpunca daripada keresahan penularan virus, kesan psikologi daripada kawalan pergerakan dan pengasingan diri.

Lanjutnya lagi, ia dikeruhkan lagi dengan tekanan yang berkaitan dengan isu pengangguran, masalah kewangan dan penjarakan sosial.

WHO juga meminta agar perkhidmatan kesihatan mental terus diperkukuh dan ditingkatkan akses kepada rawatan dengan kemudahan teknologi.

Ia juga mendorong perkhidmatan sokongan psikologi yang lebih baik di sekolah, universiti, tempat kerja dan petugas barisan hadapan.

 

Sumber: [1]