Ini Imej Simulasi Pertama Diterima Teleskop Webb Dari Angkasa Lepas

Disember lalu, teleskop angkasa lepas James Webb telah berjaya dilancarkan ke angkasa lepas menggunakan sebuah roket Ariane 5. Ia berfungsi menggantikan teleskop Hubble yang telah beroperasi sejak 1990.

ini imej simulasi pertama diterima teleskop webb dari angkasa lepas

Kini selepas hampir 2 bulan ia dalam perjalanannya di angkasa lepas, teleskop ini telah menerima imej pertamanya daripada bintang yang sangat jauh.

ini imej simulasi pertama diterima teleskop webb dari angkasa lepas

Imej simulasi pertama itu bukanlah imej akhir memandangkan ia masih dalam perjalanan ke titik Lagrange kedua (L2 point) yang terletak 1.5 juta kilometer dari bumi. Teleskop ini kemudiannya mengambil masa selama enam bulan lagi untuk menjalani pelbagai proses ujian diagnostik sebelum boleh memulakan misi.

 

Sama-sama kita nantikan penemuan-penemuan baharu oleh teleksop canggih ini tidak lama lagi.

 

Sumber: [1]