Teleskop Angkasa James Webb (James Webb Space Telescope, JWST) adalah balai cerap inframerah yang bertujuan menggantikan Teleskop Angkasa Hubble.
![menakjubkan! nasa tunjuk imej baru angkasa dari teleskop james webb](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/foto-ruang-kosmos-05.jpg)
Mula dilancarkan pada 25 Disember 2021, JWST mempunyai empat misi utama iaitu untuk mencari cahaya dari bintang-bintang dan galaksi-galaksi pertama yang dibentuk dalam alam semesta selepas Letupan Besar, mengkaji pembentukan dan evolusi galaksi, mengkaji pembentukan bintang-bintang dan sistem-sistem planet, dan mengkaji sistem-sistem planet dan asal kehidupan.
.
Baru-baru ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mengeluarkan beberapa foto berwarna penuh yang jelas mempamerkan ruang angkasa lepas dan juga kosmos.
![menakjubkan! nasa tunjuk imej baru angkasa dari teleskop james webb](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/foto-ruang-kosmos-01.jpg)
Antara yang dapat dilihat adalah Nebula Carina, WASP-96b, Nebula Gelung Selatan, Quintet Stephan, lubang hitam dan gambaran galaksi-galaksi dengan kesan kanta graviti.
![menakjubkan! nasa tunjuk imej baru angkasa dari teleskop james webb](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/foto-ruang-kosmos-02.jpg)
![menakjubkan! nasa tunjuk imej baru angkasa dari teleskop james webb](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/foto-ruang-kosmos-03.jpg)
![menakjubkan! nasa tunjuk imej baru angkasa dari teleskop james webb](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/foto-ruang-kosmos-04.jpg)
![menakjubkan! nasa tunjuk imej baru angkasa dari teleskop james webb](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/foto-ruang-kosmos-06.jpg)
Dan ternyata lebih banyak penemuan menakjubkan akan dibuat Teleskop Angkasa James Webb ini dimasa akan datang.
.
Sumber: [1], [2], [3]