Ikon Tinju Filipina Bertanding Calon Presiden Negara

Peninju Filipina, Manny Pacquaio kini sedang mempersiapkan dirinya untuk pertarungan lain, iaitu untuk bergelar presiden Filipina.

ikon tinju filipina bertanding calon presiden negara

Ikon tinju Filipina menerima pencalonan partinya untuk menjadi calon presiden mereka menerusi satu konvensyen politik yang diadakan di Kota Quezon pada 19 September lalu.

Pacquaio, 42, merupakan senator Filipina dan anggota puak parti politik PDP-Laban.

“Saya seorang pejuang dan akan selalu menjadi pejuang, di dalam dan di luar gelanggang,” kata Pacquiao.

“Sepanjang hidup saya, saya tidak mundur dari pertarungan. Tiada yang mustahil jika ia ditakdirkan oleh Tuhan,” tambahnya.

Pacquaio dikhabarkan akan bersara dari dunia tinju tidak lama lagi selepas mengalami kekalahan mengejutkan 116-112, 116-112 dan 115-113 pada Ogos lalu kepada Yordenis Ugas di Las Vegas, Amerika Syarikat.

 

Sumber: [1]