IKEA Perkenalkan Dunia Savana di Rumah Anda dengan Koleksi SANDLÖPARE

IKEA Malaysia memperkenalkan koleksi kanak-kanak terbaru, SANDLÖPARE, yang diinspirasikan oleh savana menakjubkan. Koleksi ini direka khusus untuk menggalakkan imaginasi kanak-kanak, sekaligus menanam rasa kasih sayang terhadap haiwan terancam melalui permainan dan penceritaan kreatif.

ikea perkenalkan dunia savana di rumah anda dengan koleksi sandlöpare

Bermula 27 November hingga 7 Disember 2025, IKEA Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dan mesra keluarga di semua gedung, termasuk stesen permainan, sudut kreatif, dan pengalaman kereta api safari yang menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan membolehkan kanak-kanak merasai pengalaman savana tanpa perlu meninggalkan rumah mereka.

SANDLÖPARE dibangunkan dengan kerjasama Nordens Ark, pusat pemuliharaan hidupan liar dari Sweden. Koleksi ini menampilkan 29 produk, termasuk mainan lembut, tekstil, dan perabot permainan yang unik dan mampu milik. Dari bangku yang boleh dijadikan kuda belang hingga jubah mandi yang menjadikan kanak-kanak seperti citah, SANDLÖPARE menjadikan bilik tidur sebagai tapak perkhemahan savana yang penuh imaginasi.

“Bermain adalah cara kanak-kanak memahami dunia. Realiti hidupan liar terancam wujud, dan cabaran ini memerlukan sokongan generasi masa depan yang sedar tentang kepentingannya,” kata Takeshi Murai, Pengurus Stor IKEA Klang Valley. 

ikea perkenalkan dunia savana di rumah anda dengan koleksi sandlöpare

Setiap Pembelian Mainan Lembut, Membawa Makna Istimewa

Sebagai sebahagian daripada kempen dari 27 November hingga 27 Disember 2025, IKEA Malaysia akan menyumbang RM1 kepada Teach For Malaysia (TFM) bagi setiap pembelian mainan lembut, termasuk semua produk SANDLÖPARE dan rangkaian mainan lembut lain seperti FABLER BJÖRN, KRAMIG, BLÅHAJ, dan koleksi haiwan serta angkasa yang lain.

Sumbangan ini akan menyalurkan dana kepada Program Fellowship TFM, yang membangunkan pemimpin muda bagi membawa perubahan di sekolah-sekolah yang kritikal, sambil memperkukuh akses pelajar kepada pendidikan berkualiti.

“Inisiatif bersama IKEA ini membolehkan kami memperluas usaha kami di komuniti yang memerlukan, membentuk pemimpin masa depan yang akan mentransformasikan bilik darjah dan memastikan setiap kanak-kanak dapat belajar dan berkembang,” kata Fam Li Ying, Pengarah Pertumbuhan Teach For Malaysia.

Mainan Lembut Mesra Alam

ikea perkenalkan dunia savana di rumah anda dengan koleksi sandlöpare

Rangkaian SANDLÖPARE diperbuat daripada 100% bahan kitar semula, termasuk isi, kain luar, benang dan komponen pengukuhan. Setiap produk melalui ujian ketat untuk memastikan ketahanan dan keselamatan, termasuk ujian tarikan, kimia, ketahanan, dan beberapa pusingan di dalam mesin basuh.

Pengalaman Savana di Gedung IKEA Seluruh Negara

ikea perkenalkan dunia savana di rumah anda dengan koleksi sandlöpare

SANDLÖPARE kini boleh didapati di semua gedung IKEA Malaysia – Damansara, Cheras, Tebrau, Batu Kawan – serta secara dalam talian di IKEA.my. Aktiviti menarik sepanjang kempen termasuk:

  • Safari Train Rides – eksklusif di IKEA Damansara dan Cheras
  • Aktiviti Dalam Gedung – di semua gedung IKEA
  • Sudut Mewarna Savana
  • Bengkel Penyimpanan Mainan Lembut
  • Bengkel Rantai Kunci – untuk ahli IKEA Family yang membeli sekurang-kurangnya satu mainan lembut. Slot terhad, siapa cepat dia dapat.
  • Spot & Roar – pengalaman interaktif untuk seisi keluarga

Keluarga boleh menikmati pengalaman bermain yang penuh imaginasi sambil menyokong pendidikan dan kelestarian alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my.