Ikat Jamin Ditolak, Anak Shah Rukh Khan Berkemungkinan Sambut Deepavali Di Penjara

Permohonan ikat jamin ke atas anak pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, iaitu Aryan Khan ditolak oleh Mahkamah Khas Mumbai.

ikat jamin ditolak, anak shah rukh khan berkemungkinan sambut deepavali di penjara

Aryan kini sedang berada dalam tahanan di Penjara Arthur Road berikutan terlibat dalam kes penyalahahgunaan dadah.

Susulan penolakan ikat jamin tersebut, Aryan berkemungkinan terpaksa meraikan sambutan cuti umum Hari Deepavali di dalam tahanan kerana mahkamah akan berehat panjang menjelang awal November untuk memberi laluan kepada sambutan perayaan tersebut.

19 Oktober lalu, Peguamcara Negara, Anil Singh yang mewakili Biro Kawalan Narkotik India (NCB) menggesa supaya kes melibatkan Aryan disiasat dengan lebih teliti kerana ia melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh individu lain oelh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai awal Oktober ini.

Memetik laporan The Times of India, ketika kejadian tersebut, NCB merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

 

Sumber: [1]