Ikan Raksasa Asal Lautan Amazon Muncul Di Indonesia

Baru-baru ini, penduduk Garut, Indonesia dikejutkan dengan kemunculan tiga ekor ikan gergasi jenis Arapaima, yang muncul selepas kejadian banjir kilat di kawasan itu.

ikan raksasa asal lautan amazon muncul di indonesia

Memetik laporan detiknews, ikan tersebut merupakan haiwan peliharaan penduduk tempatan yang melarikan diri, demikian kata ketua kampung kawasan Paminggir, Asep Ridwan.

Ketika ditemui penduduk tempatan, satu daripadanya telah mati manakala dua lagi masih hidup.

“Ada yang menjaganya,” kata Asep.

Tambah Asep, ada seorang penduduk kampung yang memelihara ikan tersebut. Tetapi, dia tidak mengetahui jumlah sebenar ikan gergasi yang dipelihara penduduk tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, jumlahnya melebihi 10 ekor.

“Ada kolam, jumlahnya lebih 10,” kata Asep.

Tambahnya, ikan itu disyaki melarikan diri dari kolam ketika banjir kilat melanda kawasan Paminggir akibat limpahan Sungai Cipeujeuh pada 15 Julai lalu.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN