Pernah Tak Korang Terfikir Ikan Minum Air Ke Tak?

ikan minum air ke tidak?

Menjadi lumrah semua benda hidup memerlukan air untuk kekal hidup. Tapi pernah tak anda terfikir tentang haiwan yang hidup di dalam air perlu ke minum?

Mungkin ramai yang tidak tahu, ya ikan juga perlu minum tetapi tak semua ikan minum. 

Ikan air tawar tidak pernah minum kerana mereka menyerap air melalui kulit dan insangnya. 

Namun ikan air masin berbeza, mereka selalu kehilangan air melalui kulit dan insangnya jadi mereka perlu minum lebih untuk melansungkan kehidupan. 

Sumber ML Studios dan www.idntimes.com