Saintis Kaji Teori Ikan Jerung Boleh Jalan Di Darat Untuk Cari Makan

Ikan jerung atau juga disebut sebagai ikan yu adalah spesis ikan yang bernafas menggunakan lima pasang insang.

saintis kaji teori ikan jerung boleh jalan di darat untuk cari makan

Ikan yang cukup digeruni ramai ini kerana sifatnya adalah pemakan daging, dikatakan boleh berevolusi dengan naik dan berjalan ke atas darat.

 

Kenyataan itu dibuat Florida Atlantic University yang mendakwa ikan jerung muda jenis epaulette berupaya untuk keluar daripada air dan berjalan di darat tanpa bantuan oksigen sehingga tempoh dua jam.

saintis kaji teori ikan jerung boleh jalan di darat untuk cari makan

Perubahan itu disebut pengkaji sebagai kesan daripada "keadaan persekitaran yang mencabar". Ia terjadi disebabkan oleh perubahan iklim dunia yang memaksa banyak hidupan untuk beradaptasi dengan perubahan.

 

Semasa berada dalam air, ikan jerung ini dilihat berjalan pada dasar laut menggunakan siripnya. Jadi apabila ikan jerung ini berupaya untuk naik ke darat, tidak mustahil juga ikan jerung ini boleh berjalan menggunakan siripnya dan seterusnya mencari makanan luar dari lautan seperti kebiasaanya.

saintis kaji teori ikan jerung boleh jalan di darat untuk cari makan

Spesis ikan jerung yang boleh berjalan ini dikatakan boleh ditemui di kawasan tertentu dekat Australia, Indonesia dan Papua New Guinea. Ia mempunyai panjang sehingga 3 kaki dan disebut juga sebagai ikan jerung berjalan.

 

Sumber: Daily Star