Instagram, Facebook Mungkin Kena Bayar Bulanan Kalau Tak Mahu Iklan

Pengguna Facebook dan Instagram mungkin akan dikenakan bayaran langganan bulanan jika tidak mahu data mereka digunakan dalam iklan diperibadikan.

instagram, facebook mungkin kena bayar bulanan kalau tak mahu iklan

Ia merupakan antara penyelesaian kepada undang-undang privasi ketat Kesatuan Eropah (EU) yang kini masih dalam perbincangan.

 

Menurut Meta, pelan itu akan mengenakan caj bulanan €10 (kira-kira RM49.70) untuk pengguna komputer meja menggunakan sama ada Facebook atau Instagram dan €6 (kira-kira RM29.90) lagi bagi setiap akaun tambahan.

 

Manakala bagi pengguna telefon bimbit pula, bayaran sebanyak €13 (RM64.60) untuk mengakses sama ada Facebook atau Instagram dan meningkat kepada €19 (RM94.50) jika kedua-duanya sekali, demikian menurut Wall Streeet Journal.

instagram, facebook mungkin kena bayar bulanan kalau tak mahu iklan

Bagaimanapun pengguna boleh memilih untuk akaun percuma tetapi akan ditampilkan dengan iklan diperibadikan berdasarkan aktiviti carian masing-masing.

 

Isu data peribadi telah menjadi topik hangat yang dibincangkan antara Meta dengan pihak berkuasa EU. Facebook sahaja dikatakan telah mengumpulkan sekitar 52,000 data bagi setiap pengguna.

 

 

Sumber: Business Insider