Ibu Saudara Pemilik Kubur ‘Upin & Ipin’ Akhirnya Jelaskan Perkara Sebenar

Beberapa hari lalu, tular kisah mengenai dua kubur dari Palu, Sulawesi Tengah dekat Indonesia yang mempunyai nama mirip watak animasi popular, iaitu Upin dan Ipin.

ibu saudara pemilik kubur ‘upin & ipin’ akhirnya jelaskan perkara sebenar

Ramai yang mendakwa watak Upin dan Ipin yang ditayangkan itu adalah watak sebenar dengan melihat kepada tahun kematiannya iaitu pada 1995 dan 1996, hinggakan kisah kubur itu menjadi tular di media masa.

ibu saudara pemilik kubur ‘upin & ipin’ akhirnya jelaskan perkara sebenar

Malah, pihak syarikat Les Copaque Production Sdn Bhd juga telah tampil membuat kenyataan berhubung realiti sebenar yang berlaku di kampung dekat Indonesia ini dan menyatakan watak Upin dan Ipin adalah rekaan semata-mata.

 

Terbaharu, seorang ahli keluarga kepada pemilik kubur berkenaan telah tampil memaklumkan yang kedua-dua arwah tiada kena mengena dengan siri tersebut.

 

Ibu saudara kanak-kanak itu, Limiyadin berkata, keluarganya telah menamakan semula makan berkenaan sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.

 

Dua kanak-kanak itu juga sebenarnya bukanlah pasangan kembar sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri.

 

“Mereka meninggal ketika usia belum mencapai setahun kerana penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.

“Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia,” jelas Limiyadin.

 

Sumber: [1]