Ibu Paksa Anak Lompat Tali 3,000 Kali Sehari Untuk Tambah Ketinggian

Aktiviti lompat tali sering menjadi pilihan ramai kerana ia mempunyai banyak kebaikkan dan keberkesanannya boleh dirasai seawal 1 minggu jika dibandingkan dengan kebanyakkan senaman kardio lain.

ibu paksa anak lompat tali 3,000 kali sehari untuk tambah ketinggian

Disebabkan itu, seorang ibu kepada anak berusia 13 tahun dari China ini sanggup memaksa anaknya itu untuk melakukan aktiviti lompat tali sebanyak 3,000 kali sehari dengan tujuan untuk menambah ketinggian.

ibu paksa anak lompat tali 3,000 kali sehari untuk tambah ketinggian

Bagaimanapun, anaknya itu mengalami masalah lain iaitu sakit pada lutut yang teruk, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

 

Hasil pemeriksaan mendapati, kanak-kanak berusia 13 tahun itu menghidap masalah koyak pada otot ligamen dan tulang kakinya akibat senaman teruk yang dipaksa ibunya itu.

ibu paksa anak lompat tali 3,000 kali sehari untuk tambah ketinggian

Si ibu memberitahu doktor, beliau risau dengan ketinggian anaknya yang agak rendah iaitu 1.58 meter dengan berat 120 kilogram, membuatkannya memaksa anaknya itu melakukan senaman lompat tali sehingga 3,000 kali setiap hari. Si ibu juga percaya, dengan menambah ketinggian ia akan membuatkan anaknya itu kelihatan lebih cantik.

 

Doktor yang mengendalikan kes itu juga menasihatkan ibu bapa agar tidak terlalu obses dengan cara cepat untuk tinggi dan menurunkan berat badan, sambil mendakwa ia dipengaruhi faktor lain seperti senaman, tidur secukupnya, nutrisi, mood, genetik dan lain-lain.

 

Sumber: [1]

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN