[Video] Ibu Gajah Pijak Mati Buaya Cuba Hendap Anaknya

Seekor buaya menempah maut kerana dipijak ibu gajah yang berada berdekatan selepas cuba menghendap anaknya untuk dijadikan makanan.

[video] ibu gajah pijak mati buaya cuba hendap anaknya

Insiden itu berjaya dirakam Hans Henrik Haahr yang merupakan pengunjung taman safari di Lusaka, Zambia.

 

Dalam insiden terbabit, seekor gajah Afrika bersaiz besar menyerang buaya tersebut dalam satu serangan ganas di Sungai Zambezi dekat sebuah safari di Zambia.

 

Video penuh dramatik itu menunjukkan ibu gajah memijak buaya yang mempunyai panjang sekitar 3 meter itu sehingga mati.

“Pengunjung menyaksikan insiden penuh dramatik ini antara dua haiwan paling digeruni di Afrika.

“Ini mungkin merupakan serangan balas daripada gajah itu terhadap buaya yang menghendap  anak dan kawanannya,” demikian kenyataan dimuat naik bersama hantaran di Facebook Kem Sungai Baines.

 

Sumber: [1]