Akibat Diejek Jiran Kerana Beri Susu Formula, Ibu Buang Bayi Dalam Perigi

Seorang wanita tidak tahan menanggung malu kerana sering diejek jirannya gara-gara memberikan susu formula dan bukan susu badan, nekad membuang anaknya dalam perigi.

akibat diejek jiran kerana beri susu formula, ibu buang bayi dalam perigi

Kejadian berlaku di Desa Sumberejo, dekat Jember, Indonesia selepas bayi berusia sebulan itu ditemui dalam keadaan sudah tidak lagi bernyawa.

.

Menurut ketua polis yang bertugas, suspek berusia 25 tahun dikenali sebagai FN merupakan ibu mangsa, mengakui membuang anaknya sendiri.

.

“Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah rumahnya.

“Selepas itu, ibu mangsa keluar rumah untuk menyidai baju di ampaian. Ketika itulah, suspek bangun dan membawa bayinya ke bahagian dapur dan membuka penutup perigi.

“Perigi itu ditutup dengan alas kayu dan FN melempar anaknya sebelum menutup semula perigi berkenaan,” katanya.

.

Terdahulu, penduduk kampung dihebohkan dengan berita kehilangan bayi itu yang berkemungkinan diculik atau dibawa lari makhluk halus. Suspek juga kelihatan panik dan berusaha mencari anaknya yang hilang bersama jiran tertangga.

.

Namun, bayi itu telahpun ditemui mati dalam perigi pada jam 1 tengah hari.

.

Menurut laporan, suspek meluahkan rasa marah dengan diri sendiri kerana sering disindir oleh seorang jirannya kerana memberikan susu formula, bukannya susu badan.

.

Sumber: [1]