HyunA & Dawn Ikat Tali Pertunangan

Pasangan selebriti K-Pop terkenal, HyunA dan Dawn dilaporkan telah mengikat tali pertunangan.

hyuna & dawn ikat tali pertunangan

3 Februari lalu, Dawn berkongsi video dan gambar dirinya dan HyunA dengan set cincin di Instagram bersama coretan “Marry me”.

HyunA kemudian menyiarkan semula siaran itu dan menulis dalam kapsyennya, “Sudah tentu ia adalah ya.”

Turut tidak ketinggalan, HyunA juga berkongsi foto cincin yang sepadan dengan tulisan, “Terima kasih, terima kasih, terima kasih sentiasa.”

HyunA dan Dawn pertama kali mengumumkan hubungan cinta mereka kepada orang ramai sejak 2018.

Pasangan tersebut bagaimanapun sebenarnya telah bersama sejak 2016 yang mana hubungan cinta mereka mula berputik ketika masing-masing berkongsi label lama iaitu Cube Entertainment.

Kedua-dua mereka kini dinaungi label milik penyanyi PSY, iaitu P NATION.

 

Sumber: [1]