Huru-hara dibuatnya apabila para pembeli berlari bertempiaran di sebuah pusat beli-belah di Shanghai pada hujung minggu lalu berikutan premis tersebut terpaksa dikuarantin kerana terdapat kontak rapat di lokasi tersebut.
Dalam satu video tular, kelihatan orang ramai menolak pintu sekeras mungkin semasa ia cuba ditutup para pengawal, bagi melarikan diri.
Memetik laporan BBC, Shanghai mengalami sekatan dua bulan yang kritikal pada awal tahun ini.
Susulan itu, selaras dengan strategi ketat “sifar-Covid” yang diamalkan China, bandar yang mempunyai 20 juta penduduk itu telah mengarahkan penutupan kilat di mana-mana kawasan yang mengesan kes positif atau kenalan rapat mereka.
Pusat beli-belah itu ditutup secara mengejut susulan arahan berkenaan kontak rapat yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang positif selepas pulang ke Shanghai dari Lhasa, Tibet, menurut timbalan pengarah Suruhanjaya Kesihatan Shanghai Zhao Dandan.
Mereka yang berada di premis itu dan kawasan berkaitan diwajibkan kuarantin selama dua hari diikuti dengan pemantauan kesihatan selama lima hari, kata Encik Zhao.
Sumber: BBC