Penduduk di Eropah kini mula berasa resah susulan kemunculan semula ‘batu kelaparan’ atau disebut sebagai Hunger Stone.
Hunger Stone terletak di Elbe River, di Decin, Republic Czech, merupakan batu yang mula wujud sejak 400 tahun lalu, sebagai petanda kepada kejadian kemarau.
Batu berkenaan terukir dengan tahun-tahun kejadian kemarau, memberi amaran kepada penduduk di Eropah dalam keadaan bahaya susulan penurunan paras sungai yang ketara.
Batu itu mula kelihatan apabila paras air turun, menjadi amaran kepada penduduk akan bencana alam seperti kemarau. Ukiran pada batu itu turut memaparkan tahun berlakunya kemarau seperti 1417, 1616, 1707, 1746, 1790, 1800, 1811, 1830, 1842, 1868, 1892, dan 1893. Kali terakhir kemarau berlaku pada tahun 2018 dan 2015.
Bagaimanapun sesetengah saintis berpendapat bahawa kemarau yang diramalkan oleh batu ini tidak selalunya menunjukkan bencana alam, malah kemarau pada abad ke-21 tidaklah seteruk seperti yang berlaku dalam catatan sejarah.
Foto Hunger Stone ini dimuatnaik oleh wartawan Belanda, Olaf Koens pada 2018 dan menggelarkan keadaan itu sebagai mengerikan.
Sumber: NY Post