Cium Hajar Aswad Adalah Sunat, Boleh Jadi Haram Jika Bahayakan Diri – Dr. Zulkifli

Baru-baru ini, tular di media sosial video yang menunjukkan seorang pempengaruh di Malaysia yang merakam detik membawa pasukannya mencium batu Hajarul Aswad di Kaabah.

cium hajar aswad adalah sunat, boleh jadi haram jika bahayakan diri – dr. zulkifli

Video yang mendapat tontonan ramai itu telah mengundang kritikan, hingga mendapat perhatian bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

 

Menurut Dr. Zulkifli, hukum mencium Hajar Aswad yang merupakan ibadah adalah sunat, namun jika ia menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain maka hukumnya adalah haram.

 

“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.

“Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” ujar beliau.

 

Tambah lagi, beliau juga berasa janggal melihat kepada trend masa kini yang gemar merakam video atau gambar ketika berada di tempat yang suci itu.

 

“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.

“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu,” kata beliau lagi.

cium hajar aswad adalah sunat, boleh jadi haram jika bahayakan diri – dr. zulkifli

Dalam pada itu, Dr. Zulkifli juga menyarankan agar fokus kepada ibadah dan meminta keampunan kepada Allah SWT apabila berada di hadapan Baitullah.

 

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya.

“Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content,” kata beliau lagi.

cium hajar aswad adalah sunat, boleh jadi haram jika bahayakan diri – dr. zulkifli

Sumber: X @drzul_albakri