Hujung Nama Ada Dot.Com, Tiga Beradik Viral Di Media Sosial Kerana Nama Unik

hujung nama ada dot.com, tiga beradik viral di media sosial kerana nama unik

Tular di media sosial Indonesia akan tiga beradik yang memiliki nama yang sangat unik. Ketikag-tiga beradik dari Gersik, Jawa Timur itu ada perkataan Dot Com pada hujung nama mereka.

Berdasarkan laporan portal Indonedia, Tribunnews, nama mereka mula menjadi perhatian selepas sijil lahir mereka dimuat naik pada laman TikTok baru-baru ini.

Nama tiga beradik itu dikenali sebagai Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Menurut anak kedua, perkataan Dot.com itu mempunyai kenangan yang tersendiri akan ibu dan bapanya.

““Ibu bapa saya berkenalan menerusi satu laman cari jodoh Alamak.com pada 1999. Maka kami tiga beradik diberikan hujung nama Dot.com sebagai mengenang kisah pertemuan mereka,” katanya.

Ramadhan juga berkata, dia sering diejek kerana mempunyai nama tersebut ketika waktu kecil. Tapi sekarang dia berbangga kerana namanya sangat unik dan orang lain tidak mempunyai nama sedemikian.

Sumber: Tribune News

ARTIKEL BERKAITAN