Hujan Tak Henti-Henti, Jumlah Mangsa Banjir di Johor Makin Meningkat

Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat susulan hujan berterusan sejak semalam yang menyebabkan peningkatan paras air di kawasan terlibat.

hujan tak henti-henti, jumlah mangsa banjir di johor makin meningkat

Menurut laporan, setakat 8 pagi tadi seramai 1,591 orang daripada 560 keluarga telah dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS).

 

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,297 mangsa yang terdiri daripada 351 keluarga setakat 4 pagi tadi.

 

Dalam satu kenyataan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Negeri (JBPN) Johor, empat daerah kini terjejas akibat banjir iaitu Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

 

Setakat 3.20 pagi tadi, enam PPS telah dibuka iaitu tiga di Segamat, Kluang dan Johor Bahru, serta tiga lagi PPS di Kota Tinggi.

 

"Segamat merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi, melibatkan 746 penduduk daripada 209 keluarga, yang ditempatkan di enam PPS.

"Ia disusuli daerah Johor Bahru yang merekodkan seramai 560 mangsa daripada 131 keluarga, dengan enam PPS beroperasi.

"Kluang pula merekodkan sejumlah 162 mangsa terlibat, yang terdiri daripada 188 buah keluarga di enam PPS.

"Selain itu, di Kota Tinggi, 123 mangsa daripada 32 keluarga berjaya dipindahkan ke tiga PPS," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

 

Hujan yang berterusan sejak semalam telah menyebabkan banjir melanda beberapa daerah di Johor akibat daripada peningkatan paras air yang berlaku. Dua laluan juga telah ditutup untuk semua kegunaan semua kenderaan, membabitkan Jalan Kluang-Mersing (Ladang Greenway) di Kluang dan Jalan Bekok di Segamat.

 

Sumber: Astro AWANI