Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), jangkaan cuaca cerah di seluruh negara pagi ini kecuali beberapa tempat di Perlis, Kedah, Perak dan Selangor.
Dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kebanyakan kawasan di Perlis, diikuti Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena, Kedah sehingga 12 tengah hari ini.
“Cuaca buruk turut diramalkan di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak serta Sabak Bernam di Selangor,” ujarnya.
Selain itu, jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Cuaca buruk tersebut dijangka tertumpu di beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan serta keadaan berangin pula dijangka di Kudat,” katanya.
Manakala pada sebelah malam pula, dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Terengganu, diikuti Pedalaman, Tawau dan Sandakan di Sabah, serta Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.
Sumber: Kosmo