Hospital Di New York Mula Suntik Vaksin Pada Kanak-Kanak 5-11 Tahun

Dalam usaha memberikan perlindungan lebih menyeluruh kepada orang ramai, hospital di New York pada Khamis mula memberikan suntikan vaksin COVID-19 dos pertama kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

hospital di new york mula suntik vaksin pada kanak-kanak 5-11 tahun

Ia susulan fasa baru vaksinasi COVID-19 yang menumpukan kepada mengekang kematian, kemasukan ke hospital dan kelancaran sistem pendidikan dengan menyasarkan kepada program vaksinasi pelajar sekolah.

 

Menurut pegawai kesihatan, bekalan vaksin adalah mencukupi bagi memberi perlindungan kepada 28 juta kanak-kanak di negara tersebut berusia 5 hingga 11 tahun.

 

Vaksin COVID-19 yang diberi kepada golongan ini adalah dengan dos rendah yang memerlukan dua dos suntikan dengan selang masa tiga minggu.

 

Justeru, kanak-kanak yang mendapat vaksin sebelum sambutan hari kesyukuran akan dilindungi sepenuhnya menjelang perayaan Krismas akan datang.

 

Menurut Presiden AS, dos vaksin untuk kanak-kanak 5-11 tahun di negara itu telah tersedia di 20,000 lokasi di seluruh negara.

 

Sumber: [1]