Hoon UKISS Kahwin Dengan Bekas Ahli Girl's Day, Hwang Ji Yeon

Anggota kumpulan U-KISS, Hoon dan bekas ahli Girl’s Day, Hwang Ji Yeon selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka sekaligus bergelar pasangan suami isteri.

hoon ukiss kahwin dengan bekas ahli girl's day, hwang ji yeon

Pada 30 Mei, syarikat perunding perkahwinan yang dikenali sebagai Happy Married Company berkongsi foto majlis perkahwinan pasangan itu berserta kapsyen, “Hoon dan Hwang Ji Seon telah mengadakan majlis perkahwinan peribadi di Seoul pada petang 29 Mei.”

Siri foto itu merakamkan detik-detik gembira antara pasangan itu di tengah-tengah kemeriahan sambutan majlis perkahwinan mereka bersama para tetamu yang hadir.

Terdahulu, agensi Hoon mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Hwang Ji Seon yang mana bintang itu turut berkongsi surat tulisan tangan bagi menyampaikan berita gembira tersebut.

 

Sumber: [1]