Hati-Hati Dengan Gigitan Kucing, Korang Mungkin Terpaksa Ke Dewan Pembedahan

hati-hati dengan gigitan kucing, korang mungkin terpaksa ke dewan pembedahan

Kucing merupakan antara haiwan yang paling jinak dan adorable. Tapi, jinak-jinak pun kena lah berhati-hati sebab kucing ni pun ada bahayanya. Sebab itu lah, kalau korang terkena gigitan kucing seeloknya dapatkan rawatan pegawai perubatan dengan segera.

Seorang pengguna twitter @aniskhalidi telah berkongsi pengalamannya apabila suaminya diserang dan digigit oleh kucing. Kalau tengok kecederaan tu memang nampak sangat menakutkan.

 

 

Kronologi kejadian ini bermula apabila suami Anis terkena gigitan kucing yang dipeliharanya. Pada awalnya, gigitan kucing tersebut tidak menyebabkan sebarang luka. Bagaimanapun, kesakitan yang dialami tetap berterusan biarpun sudah mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan.

Nasib baiklah Sis Anis ni terus ke Jabatan Kecemasan, Hospital Selayang. Suaminya terus ditahan di hospital dan doktor mengesahkan bahawa tangannya sudah dijangkiti kuman. Selepas membuat x-ray, doktor mengesahkan bahawa suaminya perlu menjalani pembedahan. Nasib baik lah minor surgery.

 

 

Doktor juga mendapati bahawa soft tissue pada tangan suaminya telah mati akibat bakteria yang berpunca daripada gigitan tersebut. Jadi, mereka terpaksa membuang soft tissue pada bahagian tangan.

Pengajarannya di sini, pastikan kucing dekat rumah korang tu dicucuk vaksin supaya korang tak lah terdedah kepada jangkitan kuman yang berisiko. Kemudian, segera dapatkan rawatan seandainya digigit oleh kucing.

Sumber: twitter @aniskhalidi