Aktor terkenal, Song Joong-ki mengesahkan hatinya kini dimiliki seorang wanita bertuah.
![hati joong-ki kini dimiliki guru bahasa inggeris peribadinya sendiri](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/20221226000476_0.jpg)
Menurut agensinya, HighZium Studio, Joong-ki kini sedang bercinta dengan seorang wanita British, yang juga merupakan guru bahasa Inggeris peribadinya.
![hati joong-ki kini dimiliki guru bahasa inggeris peribadinya sendiri](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/321802713_914373236393284_3883251137646928201_n.jpg)
Perkara itu menepis khabar angin kononnya Joong-ki bercinta dengan pelakon Kim Tae-ri.
Wanita British itu yang dikenali sebagai Katy Louise Saunders, juga pernah memegang watak dalam filem seperti Los Borgia (2006), Third Person (2013) dan The Lizzie McGuire Movie (2003).
![hati joong-ki kini dimiliki guru bahasa inggeris peribadinya sendiri](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/320650572_889474322186474_8945399560562729284_n.jpg)
Hubungan mereka mula dihidu peminat selepas melihat mereka bersama ketika di lapangan terbang ketika Joong-ki baru pulang dari Singapura.
Pihak agensi bagaimanapun meminta agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi berasas kerana hanya mereka yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi.
Terdahulu, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016). Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu tidak dikurniakan anak.
Sumber: Kosmo!, Facebook ERA