Hati-Hati Sindiket Tipu Cuci Rumah Mangsa Banjir!

Tak sangka dalam kesempitan dan kesusahan orang lain, masih ada yang cuba nak ambil kesempatan.

Mana letaknya nilai kemanusiaan?

Baru-baru ni satu Malaysia dikejutkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan.

hati-hati sindiket tipu cuci rumah mangsa banjir!

Ada kawasan yang tak dijangka berlakunya banjir besar seperti KL dan Selangor dek kerana hujan luar biasa tanpa henti.

Rumah, kereta dan segala harta benda hanyut dibawa arus deras dan paling menyedihkan ada juga yang kehilangan nyawa.

Di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir, kita semua diuji pula dengan bencana ni.

Percayalah, pasti ada hikmahnya.

Tapi ketika ramai yang berada dalam kesusahan, masih ada yang tergamak untuk menipu mangsa banjir!

Polis terima 10 laporan sindiket penipuan perkhidmatan pembersihan banjir di media sosial dengan kerugian hampir RM80,000.

Banyak tuuuu!

hati-hati sindiket tipu cuci rumah mangsa banjir!

Tolonglah jangan terpedaya dengan tawaran palsu ni dan sesuka hati nak tekan link yang tak berkaitan.

Zaman sekarang ni banyak sangat kes scam, dengan sekelip mata je data bank kita boleh diakses.

Kalau ada yang pernah tertipu dengan sindiket ni, cepat-cepat buat laporan polis.

Biar pihak yang tak bertanggungjawab tu dikenakan tindakan sewajarnya!

hati-hati sindiket tipu cuci rumah mangsa banjir!

Sama-sama kita doakan urusan semua mangsa banjir di negara ini dipermudahkan 😊

 

Oleh: Izzati Amir