Sejak pengumuman kebenaran merentas negeri, orang ramai dilihat mengambil kesempatan untuk pergi melancong bersama keluarga, sama ada dalam mahupun luar negara.
Namun disebalik kegairahan orang ramai untuk bercuti, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan percutian murah namun sebenarnya palsu dan tidak benar.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu hantaran mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang menawarkan harga pakej pelancongan murah ini.
Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan adalah seperti berikut:
- Penipu menawarkan pakej percutian yang sangat murah dan menarik
- Mangsa teruja dengan pakej yang ditawarkan
- Penipu memberitahu mangsa untuk memindahkan wang dengan kadar segera bagi mengelakkan pakej “sold-out”.
- Penipu mengelak daripada dihubungi mangsa setelah transaksi pembayaran dilaksanakan.
Pengguna diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memeriksa terlebih dahulu latar belakang agensi yang dipilih.
Berikut adalah tips dan cara untuk mengelakkan kita daripada menjadi mangsa penipuan atas talian oleh Encik Harme Mohamed, Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM):