Hati-Hati Guna WiFi Awam!

Zaman millennial ni, mana-mana tempat kita pergi mesti nak tengok line internet okay ke tak atau lagi best kalau ada WiFi percuma.

 

Yelaa zaman sekarang mana boleh hidup tanpa internet kan..

 

hati-hati guna wifi awam!

 

Tapi awas! Jangan happy sangat bila tengok ada WiFi awam sebab hackers ada di mana-mana.

 

Terbaru, Cybersecurity Malaysia nasihatkan orang ramai supaya elak guna WiFi awam ketika buat pembayaran melalui e-dompet atau e-pembayaran yang lain.

 

hati-hati guna wifi awam!

 

Bahaya tauu, masa korang tengah bayar secara onlinehackers ni mungkin boleh akses semua data peribadi dan maklumat akaun.

 

Kadang-kadang hackers ni guna taktik licik dengan mencipta nama WiFi yang seakan-akan nama WiFi sebenar untuk kelirukan orang ramai.

 

Kita kan kalau nampak je WiFi percuma, cepat-cepat je nak connect tak pandang kiri kanan langsung.

 

Lepasni, pastikan sambungan rangkaian yang dibuat selamat dan mempunyai kata laluan.

 

hati-hati guna wifi awam!

 

Jangan beri ruang kepada mana-mana penggodam untuk kaut keuntungan dengan cara menipu orang lain.

 

Hati-hati okay!

 

Oleh Izzati Amir